CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 20, 2011

`

“Aduh ! Sakitlah !” Asyilah mengerang kesakitan bila kakinya dipijak oleh insan mana entah. Dia mengangkat muka untuk melihat gerangan yang bertuah tersebut. Hatinya bertambah panas bila melihat mamat tu dengan muka tak bersalahnya terus berlalu sambil melontarkan senyuman yang menyakitkan hati.
“Huh ! tak guna punya jantan. Dahla pijak kaki orang ikut suka mak kepada nenek tiri dia, sempat pulak buat muka miang dia tu” bebelnnya dengan penuh geram.
“Sabar dik. Biasalah tu, taktik senior nak ngorat junior cun macam adik ni.” Tiba-tiba seorang yang tak dikenali menegurnya. Syilah kaget dengan teguran yang datang tiba-tiba itu. Hanya senyuman yang diberikan kepada pemuda itu. Dia pasti, pemuda itu juga merupakan senior.
Hari ini tamatlah minggu orientasi yang terpaksa mereka sebagai junior di kampus itu ikuti selama seminggu. Selama seminggu ini jugalah Asyilah dan rakan-rakan barunya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang sengaja dibuat oleh para senior.
“Hmmm.. bila lah nak habis seksa dunia ni? Dah tak larat aku menanggung penat macam ni,”rungut Asyilah.
“Hai kawan, takkan dah nak mengalah. Hari tu bukan main lagi kau bagi semangat kat kami ni supaya sabar. Kita kan junior. Hehe,”
“Buaknnya aku mengalah Wanny. Tapi aku rasa penatla nak mengadap muka mamat yang baget hensem sangat tu. Muak tau tak ?” keluh Syilah.
“Hambooii makcik. Dah, janganla muak sangat tu. Nanti muak tu jadi syok pulak. Hihihi. Dunia ni selalu macam tu tau. Yang kita muak tu la akan jadi kesayangan kita nanti.”
Asyilah malas nak berdebat dengan rakan baru merangkap rakan sebiliknya tu. Baru seminggu usia perkenalan mereka namun keserasian antara mereka telah terserlah. Wanny seorang yang baik hati dan tidak lokek baik dari segi ilmu mahupun harta benda. Senyuman pun Wanny tak lokek untuk sedekahkan.

“Wanny, hari ni dah genap 3 tahun kita kenal kan ? cepatnya masa berlalu.”
Tanpa sedar, sudah tiga tahun jugalah mereka menimba ilmu di IPG Kampus Batu Lintang. Telah 6 semester mereka lalui bersama termasuk 3 semester untuk kursus persediaan. Semester ini merupakan semester ke-4 mereka sebagai pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Hanya tinggal 4 semester lagi sebelum mereka keluar dan menggenggam segulung ijazah. Kalau diizinkan Allah, mereka akan terus ditempatkan di sekolah-sekolah sejurus tamat pengajian.

0 comments:

Post a Comment