CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 20, 2011

a+b=ab

Malasnya aku nak masuk kelas pagi ni. Dahla pagi-pagi ni nak menempuh dugaan hidup yang paling menggerunkan. Kelas Puan Kong, kelas Bahasa Melayu 1 yang paling kami sekelas ingin elakkan. Bukan nya sebab kami tak sukakan pensyarah tu, tapi sebab kemarahannya yang tidak dapat dibendung tu.

“Hoi budak ! apa yang kau asyik menungkan tu ? kita ni dah lambat nak ke kandang rimau.. kang tak pasal-pasal rimau tu baham kita dua orang sekali. Kalau kau sorang yang kena baham takpe.” Bebel Kak Su, rakan sebilikku merangkap rakan sekelasku.

Kak Su atau nama panjangnya Sharifah Suhana Syafiqa Bt Syed Abdul Shaha. Dialah rakan sebilikku sejak hari pertama aku mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang ini. Hari ni, genaplah 2 bulan aku dan rakan-rakan yang lain bergelar guru pelatih di IPG ini. Ada lima tahun lebih lagi usiaku akan ku habiskan di sini.

“Alahai mak nenek ni.. tak habis-habis lagi berangan”, tegur Kak Su buat sekelian kalinya. Teguran itu telah menghentikan lamunanku.

“Nak siapla ni.. menbebel je la akak sorang ni.. tau la, dah ta wau alif…” sakatku kepada Kaksu.

“ta wau alif ?? ape tu Mia? Tak pernah pun akak dengar perkataan tu.. mane kau dapat ilmu tu ?”

“alaa.. akak ni.. ta wau alif… jawi la kak… cube akak eja.. kan ke jadi TUA.. itula akak kan selalu menbebel.. hehe..dah macam nenek tua Mia tengok akak Mia sorang ni”

“Mia..Kak Su..jom gerak. Dah lewat ni. Kang mengamuk pulak cikgu kesayangan kite tu.” Terdengar sayup suara Zarra dari tingkat atas.

“haa.. kau tak dengar tu. Dah ade Zarra memekak tu. Jomla kite gerak sekarang.” Kak Su meneruskan bebelannya sambil memadam suis lampu dan kipas.

“Kami tunggu kat bawah ye Mia. Cepat tau. Jangan kau nak melenggang Mak Kiah lagi.” Pesan Zarra kepadaku. Zarra seorang gadis Terengganu yang comel dan agak pemalu.

“itu pun Puan Sri datang.. jom kite gerak..” kata Kak Su kepada kami semua setelah melihat kelibat ku menuruni tangga asrama kami.

“amin… mudahan suatu hari nanti akan termakbul doa Kak Su tu.. saya jadi Puan Sri. Kak Su jugak yang bangga” sakatku pada Kak Su lagi.

“Selamat pagi cikgu. Maaf kerana mengganggu cikgu” suara itu menyedarkan aku dari mengimbas kenangan ketika masih bergelar guru pelatih di IPG kampus Batu Lintang dulu.

“Selamat pagi. Oh, awak rupenye Fatin. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”,tanyaku kepada Fatin Syahirah. Fatin Syahirah adalah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah tempat aku mengajar kini. Setelah tamat pengajian, aku dihantar untuk menjadi pendidik disebuah sekolah rendah di pinggir bandar. Sekolah tempat aku mengajar sekarang ialah S.K Gobielt. Kira-kira 35 minit dari bandaraya Kuching.

“Saya sebenarnya nak jemput cikgu hadir ke kenduri dirumah saya malam ni. Ibu dan ayah saya nak tunaikan haji seminggu lagi.” Beritahu Fatin Syahirah kepadaku.

“Pukul barapa kenduri tu mula Fatin ? kalau tak ada aral melintang cikgu akan dating malam ni ye.”

“Kenduri tu mula waktu Maghrib cikgu. Para jemputan di ajak menunaikan solat magrib dan disambung dengan bacaan doa selamat dan surah Yassin ssekali cikgu.”

“Oh, kalau begitu.. petang ni, dalam pukul 6.30 macam tu cikgu datang ke rumah Fatin ye.”

“Ok cikgu. Mesti mak seronok bila dapat tau cikgu akan datang malam ni.”

“Kirim salam kat mak Fatin ye. Bagitau kat dia cikgu akan datang malam ni. Terima kasih sebab sudi jemput cikgu.”

“Baiklah cikgu. Saya masuk kelas dulu ye. Loceng tamat waktu rehat pun dah berbunyi tu”

“Belajar rajin-rajin ye Fatin” pesanku kepada Fatin sebelum dia meneruskan perjalanannya ke kelas 6 Amanah.

Puan Hamdiah. Itulah ibu kesayangan Fatin. Dia seorang pembuat kuih tradisional yang terkenal di kampung ini. Aku selalu memesan kuih daripadanya untuk disedekahkan pada murid-murid pada setiap hari jumaat. Oleh sebab itulah hubungan kami agak akrab memandangkan aku tinggal di kuarters guru yang disediakan untuk para guru. Kuarters tempat kau tinggal tidak berapa jauh dari rumah keluarga Fatin.

Aku menunaikan janjiku kepada Fatin Syahirah sekeluarga untuk menghadiri majlis doa selamat yang diadakan di rumah mereka pada malam ini. Ketika kau tiba di rumah Fatin, azan Magrib sedang berkumandang. Aku terbuai seketika mendengar azan yang dialunkan.

Sementelah mendengar suara laugan azan tersebut, hatiku mula terusik. Suara tersebut seperti pernah kudengar sebelum ini. Suara yang tidak akan pernah untuk ku lupakan.

Mia Qaleesya ? eh, salah pulak. Cikgu Mia Qaleesya. Hihi. Lama nya kita tak bersua ya cikgu. Semenjak majlis konvokesyen kita hari tu, kita langsung tak berjumpa lagi kan ?