CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 15, 2011

terima kasih guru

Pagi yang indah nan berkabus mengirigi perjalanan Ain sejauh 3 km ke sekolahnya. Ain Hazwani, seorang pelajar tingkatan 6 atas. Tahun ini dia akan menduduki peperiksaan STPM. Kerana kesempitan hidup memaksanya berkorban dan bersusah payah demi mengejar cita-citanya. Setiap hari Ain akan dimarahi guru kerana terlewat. Belum lagi kelas tamat Ain telah ponteng kelas dan balik kerumah. Perbuatannya ini menimbulkan kemarahan setiap guru disekolahnya
Cikgu Kamariah,guru Bahasa Melayu merangkap guru disiplin di sekolah tempat Ain menuntut. Dia kenal benar dengan perangai Ain, walaupun Cikgu Kamariah akui dia seorang pelajar yang baik, pandai mengaji Al-Quran, boleh menjadi pemimpin yang baik, dan dapat menyiapkan setiap kerja sekolah yang diberikan tetapi hairan kenapa dia berkelakuan sedemikian. Cikgu Kamariah berazam untuk membantu Ain menyelesaikan apa sahaja masalah beliau. Cikgu Kamariah yang berada di dalam keretanya perlahan-lahan mengekori Ain yang berjalan kaki pulang ke rumah. Cikgu Kamariah terkejut kerana Ain berjalan pulang kerumah sejauh 30 minit ke sekolah adiknya dan 30 minit lagi ke rumahnya. Sebelum sampai kerumah, Ain singgah di sekolah rendah untuk mengambil adiknya dan mereka akan berjalan bersama-sama meredah terik mentari petang dan hujan kerana tinggal jauh di pedalaman. Kadang kala Ain akan mendokong adiknya yang baru darjah dua dibelakangnya manakala beg sekolahnya pula akan digantung dihadapan. Menitik air mata Cikgu Kamariah melihat kelibat dua beradik itu dari jauh. Terasa sedih dihatinya melihat kesengsaraan Ain yang kuat menempuhi hidupnya yang sedemikian rupa.

Keesokkan harinya sewaktu di kelas Cikgu Kamariah memanggil Ain,
"Ain, petang ini setelah tamat persekolahan saya akan hantarkan kamu pulang..kamu tunggu saya di kereta ya.."
"Tapi Cikgu…. Tidak mengapalah..saya boleh pulang sendiri.. kenapa pula Cikgu hendak menghantar saya pulang? Soal Ain terketar-ketar.
"Kenapa ? Salah ke seorang guru menghantar anak muridnya pulang..lagipun Ain, kebetulan saya lalu jalan itu hari ini.." jawab Cikgu Kamariah tegas.
"Baik..Cikgu". Jawab Ain sayu.
Tiba-tiba sewaktu didalam kereta Ain menangis, Cikgu Kamariah terkejut lalu memberhentikan kenderaannya.
" Eh! Kenapa dengan kamu ni Ain..kenapa kamu menangis..cakaplah dengan saya..jangan malu-malu kalau kamu ada masalah..cakap Ain..cakap". Kata Cikgu Kamariah menunjukkan simpatinya.
"Setiap hari pada waktu rehat saya akan bekerja di kantin sekolah untuk mendapatkan dua bungkus nasi dan dua ketul kuih. Satu nasi untuk ibu saya dan satu lagi untuk adik saya". Kata Ain sambil mengelap air matanya.
"kalau begitu?....kamu makan apa Ain..? soal Cikgu Kamariah kehairanan.
Ain tersenyum sambil menjawab "Untuk saya…beberapa ketul kuih sudah memadai cikgu. Kerana itu saya pulang awal setiap hari untuk menjemput adik saya. Satu hari tanpa makanan…dia mesti lapar .". sambung Ain lagi melihat gurunya itu tekun mendengar masalah yang ditanggungnya.
Tangisan Ain sudah terhenti..namun air mata Cikgu Kamariah pula membasahi di pipi..
"Maafkan saya Ain. Saya tidak berniat untuk buat awak bersedih, dan saya tidak sangka kehidupan awak begitu daif sekali.
"Ain….izinkanlah saya membantu awak Ain..pihak sekolah juga akan membantu awak dalam masalah ini. Awak jangan risau lagi..Cuma berjanjilah Ain..belajar rajin dan bersungguh-sungguh demi STPM awak ini.Saya janji saya akan menolong awak". Kata Cikgu Kamariah sambil memeluk bahu Ain.
Ain menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mungkin sudah tiba masa dia berkongsi masalahnya dengan insan lain supaya tidak menanggung beban yang berat sendiri. Sekurang-kurangnya masalahnya tidak membebani otaknya yang akan bertempur demi cita-citanya.

Bangun pagi seawal jam 5 Ain bersiap-siap untuk kesekolah, buka sahaja pintu rumahnya yang uzur itu Ain ternganga kehairanan. Sebuah basikal baru siap berikat reben terletak dihadapan rumahnya. Ain dengan perasaan ingin tahu terus mendapatkan basikal tersebut dan di reben itu terletak sekeping nota..
" Assalamualaikum, Ain..belajar bersungguh-sungguh ..saya sentiasa menyokong kamu". Ain tersenyum dia tahu pemberian itu dari Cikgu Kamariah.
Ain begitu gembira sekali menghantar adiknya kesekolah dan memecut laju ke sekolahnya. Dalam hatinya tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan Cikgu Kamariah untuk mengucapkan terima kasihnya kepada beliau. Setelah puas Ain mencari di satu sekolah namun Cikgu Kamariah tidak juga ditemuinya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke Bilik Guru. Ain dimaklumkan bahawa Cikgu Kamariah terlibat dalam kemalangan sejurus dia keluar dari simpang rumah Ain setelah dia menghantar basikal hadiah pemberiannya kepada Ain. Seperti tahu dia akan pergi, Cikgu Kamariah telah meninggalkan pesan kepada guru besar agar memberikan duit belanja pada setiap bulan sebanyak 200 ringgit buat Ain dan adiknya. Duit itu adalah hadiah yang paling bermakna buat Ain sehingga dia menamatkan persekolahan tingkatan 6. Akhirnya Ain berjaya. Alhamdullillah, jasa Cikgu Kamariah tidak sia-sia.


Ain mengelap air mata yang jatuh berguguran dan tersenyum.
"Setiap kali perhimpunan kamu akan mendengar cerita yang sama pada setiap pagi sebelum ini ..pasti kamu semua dah bosan mendengarnya.." kata Ain cuba menyembunyikan lagi air matanya yang berguguran.
Ain mendengar tepukan yang kuat sekali dari semua murid-murid sekolahnya itu. Salah seorang murid bersuara
"Tidak Cikgu, kami tidak pernah bosan mendengarnya.. kami pun ingin menjadi seperti cikgu. Cikgu seorang yang bersemangat kental..kami bangga dengan cikgu.." kata murid-muridnya.


Ain Hazwani kini adalah Guru Besar di sekolah tempat dia bersekolah dahulu. "Saya tidak pernah sempat untuk mengucapkan terima kasih pada Cikgu Kamariah…saya masih lagi kecewa sehingga kini.." kata Ain sayu ketika itu dia sedang memberi ucapan sempena perasmian Hari Guru di sekolahnya.
Wakil pelajar bersuara.

"Sebenarnya kami semua yang patut berterima kasih kepada guru Cikgu Ain. Kerananya Cikgu ada disini disamping kami dan membantu kami semua untuk berjaya. Cikgu Kamariah..terima kasih..Cikgu Ain terima kasih, juga kepada semua guru-guru..terima kasih.. terima kasih di atas segala-galanya. Pengorbanan dan jasamu tiada galang gantinya. Sebelum semua murid-murid menyerahkan bunga mawar merah kepada guru-guru tercinta.

1 comments:

cahayakelembutan

minat tulis cerpen ke ?? sama mcm saya lahhh :D good luck dgn penulisan awak ye ...

Post a Comment